Make your own free website on Tripod.com
Pengetua

MENU

 

 

Guestbook

 

E-mel

 
 
Hari Ini
 

 

     
  KATA-KATA ALUAN
 

 

PENGETUA
Pn Hjh Sharifah Asmak Bt. Syed Alwee
 


 

Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan inayah dan izinNya dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam ‘home page’ Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, Pahang.

 Saya merakamkan setinggi penghargaan dan syabas kepada pihak pengurusan sekolah dan pelajar kerana berjaya merancang dan merealisasikan hasrat kita mewujudkan ‘home page’ sekolah.

Langkah SBP melaksanakan pembangunan dan pewujudan ‘home page’ ini adalah sebahagian agenda memenuhi taraf pendidikan SBP. Inisiatif untuk melaksanakan program ini bertujuan mendedahkan warga SBP agar sentiasa menerokai ilmu dalam dunia globalisasi ini, dan Insya Allah akan lebih kreatif dan proaktif.


 

 

Dalam usaha kita mencapai kegemilangan setiap warga sekolah perlu bersatu dan menggembeling tenaga untuk menjadikan sekolah ini satu organisasi pembelajaran yang unggul. Wujudnya ‘home page’ ini, diharapkan kita dapat membawa sekolah ke pangkuan ibubapa, orang ramai dan begitulah sebaliknya.

Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada unit multimedia dan Dokumentasi SBPI Temerloh dan Pengarah Bahagian Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh yang memberi sokongan padu dalam pembangunan laman web ini.

                                    “Do it now, action is power

Sekian, terima kasih.

Puan Hjh Asmak Bt. Alwee
E-mel : sbpitem@tm.net.my

 


© Copyright 2004
Unit Multimedia dan Dokumentasi
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh

Emel : webmaster