Make your own free website on Tripod.com

MENU

 

 

Guestbook

 

E-mel

 
     

Waktu Sekarang

     
  Info ITEM

 

 

 

SBPI TEMERLOH DALAM LIPATAN SEJARAH

 

 

        Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh atau ringkasnya SBPI Temerloh sebelumnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Temerloh (SMKA Temerloh). Sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 2002, dengan En. Abdul Razak bin Alias (menjalankan tugas pengetua) bersama 9 orang guru, 3 orang staf sokongan dan kumpulan pertama pelajar seramai 106 orang iaitu 50 lelaki dan 56 perempuan, telah menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh. Pada 16 Mac 2002, Puan Afiah binti Abdul Razak dilantik sebagai Pengetua pertama SMKA Temerloh.

 

 

 

 

 

      Di SBPI, mata pelajaran Bahasa Arab adalah mata pelajaran wajib kepada pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Bagi tingkatan 4 dan 5, terdapat tiga aliran elektif iaitu Sains Tulin, Sains Tulin Agama dan Teknikal. Selain mata pelajaran teras, Sains Tulin menawarkan mata pelajaran elektif Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan. Aliran Sains Tulin Agama turut menawarkan mata pelajaran elektif Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan dengan penambahan mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan Bahasa Arab Tinggi. Aliran Teknikal pula menawarkan mata pelajaran elektif Fizik, Kimia, Biologi Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan.

    Bermula 4 Januari 2003, selain 4 kelas tingkatan 1, 3 kelas tingkatan 4 turut dibuka yang menawarkan dua kelas Sains Tulin dan satu kelas Sains Tulin Agama. Pada 16 Jun 2003, Pengetua Puan Afiah binti Abdul Razak telah bertukar ke SMK Seri Bahagia Temerloh dan pada 16 Oktober, Puan Shariffah Asmak telah masuk bertugas di SBPI Temerloh sebagai Pengetua. Sehingga akhir tahun 2003, sekolah mempunyai seramai 158 orang pelajar, 48 orang guru dan 12 orang staf sokongan.Pada tahun 2004, jumlah pelajar bertambah sebanyak 498 dengan lelaki seramai 246 dan perempuan seramai 252.

 

 

 

         Pada 1 Jun 2002, SMKA Temerloh telah diambil alih oleh Unit Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seiring dengan itu bilangan pelajar tingkatan satu telah bertambah kepada 153 orang dengan jumlah 75 lelaki dan 78 perempuan. Pada 4 Jun 2002 SMKA Temerloh telah berpindah ke kompleks sekolahnya di Kerdau yang mempunyai keluasan 31 ekar. Oleh kerana telah dinaik taraf kepada sekolah berasrama penuh, pada 29 November 2002 nama SMKA Temerloh ditukar kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh.

 

 

     

 
 
 
   

© Copyright 2004
Unit Multimedia dan Dokumentasi
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh

Emel : webmaster